- Kumpulan:Pelaksana
- Bertanggungjawab kepada:
1. Ketua Penolong Pengarah
2. Penolong Pengarah - Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN
GAJI TAHUNANRM1,493.00 RM5,672.00 RM 145.00 - Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:- warganegara Malaysia;
- berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek syariah, Usuluddin atau Bahasa Arab.
(Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau - Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau - Diploma dalam bidang tahfiz Al-Quran, pengajian Islam atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,770.95); atau
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek syariah, Usuluddin atau Bahasa Arab.
- Syarat Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan - Syarat Peningkatan Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Hal Ehwal Islam adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:- mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
- lulus Peperiksaan Khas; dan
- had umur pelantikan:
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
- berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
- Deskripsi Tugas :
Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan dakwah, pengurusan masjid, akidah, halal, undang-undang Syariah, Baitulmal dan penguatkuasaan. - Ibu Pejabat( S29/1 )
- Membantu pegawai merancang program keagamaan untuk semua Institusi.
- Membantu pegawai merangka dan menyelaras sistem pembelajaran keagamaan yang bersepadu.
- Membantu pegawai menilai keberkesanan program.
- Membantu pegawai menyediakan kertas kerja atau cadangan untuk mempertingkatkan lagi prestasi Unit Agama.
- Membantu pegawai menasihati institusi dalam masalah keagamaan yang dihadapi.
- Membantu pegawai mengeluarkan surat rayuan sumbangan derma di bulan Ramadhan.
- Membantu pegawai mengeluarkan surat arahan berkaitan urusan zakat fitrah.
- Menyediakan laporan program dan aktiviti.
- Memberi khidmat nasihat kepada pegawai dan kakitangan.
- Melibatkan diri dalam program dan aktiviti yang ditentukan.
- Melaksanakan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.
- Ibu Pejabat( S29/2 )
- Membantu pegawai merancang dan menyelaras ceramah-ceramah dari institusi keagamaan.
- Membantu pegawai menerbitkan risalah keagamaan, buletin kerohanian, khutbah Jumaat, Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha.
- Membantu pegawai melaksanakan ceramah di institusi.
- Membantu pegawai membuat lawatan ke institusi untuk menentukan arahan Unit agama dilaksanakan dan mengetahui masalah lebih dekat.
- Membantu pegawai merancang program latihan yang bersesuaian kepada guru agama dan pembantu guru agama.
- Membantu pegawai menyelia dan memastikan pembantu guru agama di setiap institusi mencukupi dan berfungsi.
- Melibatkan diri dalam program dan aktiviti yang ditentukan.
- Memberi khidmat nasihat kepada penghuni.
- Melaksanakan apa-apa tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.
- Institusi
- Bertanggungjawab dalam melaksanakan program dan aktiviti berkaitan Agama Islam di Institusi seperti yang telah ditetapkan oleh Jabatan.
- Mengatur dan menyusun jadual pelaksanaan program dan aktiviti agama di Institusi.
- Melibatkan diri dalam program dan aktiviti yang ditentukan.
- Menyelia dan memantau perjalanan kelas agama fardhu ain dan kelas Al-Quran yang dikendalikan oleh Pembantu Guru Agama.
- Memberi khidmat nasihat kepada penghuni.
- Menyediakan laporan program dan aktiviti.
- Menyediakan artikel agama.
- Memberi panduan dan nasihat kepada institusi dalam aspek berkaitan Agama Islam.
- Melaksanakan apa-apa tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.