Portal Rasmi
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
NEGERI KEDAH DARUL AMAN

 faqs     Hubungi Kami     Aduan   Peta Laman

Assalamualaikum Wbt dan Salam Sejahtera.

Mencari dan memiliki seseorang pekerja pada alaf milenium ini merupakan cabaran terbesar kepada semua majikan. Keperluan kepada pekerja yang serba boleh (multi tasking) memaksa setiap majikan berlumba untuk mendapatkan yang terbaik untuk memacu objektif mereka bagi memenuhi kehendak pemegang taruh (stakeholder).

Pekerja yang memiliki Kecerdasan Emosi (Emotional Quotion) menjadi idaman setiap majikan berbanding dengan mereka yang memiliki kecerdasan pintar. Jestru itu pencarian ini sukar dan memiliki mereka yang ‘multi tasking ‘ adalah sesuatu yang menguntungkan.

SPA Kedah Darul Aman mengalu-alukan mereka yang memiliki ciri-ciri ini untuk bersama-sama menabur bakti di negeri tercinta ini.

Sekian, terima kasih.

YBHG. DATO’ HAJI MOHAMAD BIN CHE NAI
DSDK., AMK., BCK.
 
Pengerusi
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Negeri Kedah Darul Aman