Portal Rasmi
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
NEGERI KEDAH DARUL AMAN

 faqs     Hubungi Kami     Aduan   Peta Laman

KETUA PEGAWAI DIGITAL (CDO)

 

MOHD FITRI BIN DATO' CHE JAMIL, BCK.
Setiausaha

 

Peranan dan Tanggungjawab

  1. Meneraju inisiatif pendigitalan di kementerian/agensi melalui penggunaan data, analitis dan teknologi digital.
  2. Mewujudkan budaya berpacukan data dalam sektor awam yang mengamalkan pendekatan priciple-based melalui penggunaan data dan teknologi digital.
  3. Mentransformasi penyampaian perkhidmatan digital di kementerian/agensi berfokuskan pengalaman pelanggan (customer experience) yang berteraskan konsep Whole-of-Government melalui inovasi melibatkan perkongsian data, data terbuka dan teknologi baru muncul.
  4. Menilai, menyelaras, memperaku keperluan perkhidmatan digital, Technical Service Design dan bajetpembangunan sert mengurus agensi sebagai pelaksana inisiatif dan projek pendigitalan.
  5. Meneraju perubahan melalui Penjajaran Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) Kementerian/Negeri/Agensi dengan:
    • Memastikan PSP agensi selari degan PSP Sektor Awam dan Pengurusan Risiko dan Pelan Pengurusan Perubahan.
    • Memastikan blueprint Enterprise Architecture (EA) agensi tersedia; dan
    • Memantapkan struktur tadbir urus pendigitalan agensi & menyelaras penggunaan dasar, standard dan amalan terbaik global.
  6. Melaporkan pelaksanaan dan kemajuan transformasi pendigitalan kepada YBhg. Ketua Setiausaha Negara sebagai Pengerusi Kluster Kerajaan di bawah Majlis Ekonomi Digital dan 4IR melalui sekretariat kluster kerajaan.

 

PEGAWAI KESELAMATAN ICT (ICTSO)

 

MOHD KHAIRUL AFIQ BIN MOHD TAJUDIN
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

 

Peranan dan Tanggungjawab

  • Memastikan semua infrastruktur keselamatan ICT menepati prinsip-prinsip keselamatan berpandukan Rangka Dasar Keselamatan ICT dan Arahan Keselamatan Kerajaan;
  • Menyedia dan mengkaji semula dokumen infrastruktur keselamatan ICT bagi tujuan audit keselamatan ICT;
  • Mengenal pasti bidang-bidang keselamatan ICT yang perlu diberikan perhatian rapi;
  • Memastikan tahap keselamatan ICT adalah terjamin setiap masa;
  • Memastikan semua warga memahami keperluan standard, garis panduan dan prosedur keselamatan di bawah Rangka Dasar Keselamatan ICT Kerajaan;
  • Menjalankan penilaian risiko dan program-program keselamatan ICT di SPA Kedah;
  • Mewujudkan pelan tindakan bagi mengurus risiko akibat dari ketidak patuhan kepada standard, garis panduan dan prosedur keselamatan ICT di SPA Kedah;
  • Melaporkan kepada GCERT SPA Kedah mengenai sebarang insiden keselamatan ICT yang berlaku di SPA Kedah;
  • Membantu dalam membangunkan standard, garis panduan dan prosedur untuk aplikasi, sistem dan infrastruktur ICT di SPA Kedah bagi mematuhi keperluan Dasar Keselamatan ICT Kerajaan;
  • Mewujudkan program-program bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan pembudayaan mengenai teknologi dan mekanisme kawalan maklumat dan aset ICT, ancaman-ancaman siber dan peranan dan tanggugjawab pengguna dalam mengendalikan kemudahan ICT di SPA Kedah;
  • Menyebar dan menyalurkan amaran awal terhadap ancaman-ancaman yang berpotensi menyebabkan kerosakan besar kepada aset ICT SPA Kedah; dan
  • Mengurus keseluruhan program-program keselamatan ICT di SPA Kedah.