- Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan
- Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
1. | JADUAL GAJI | ||||||||
|
|||||||||
2. | SYARAT LANTIKAN | ||||||||
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: | |||||||||
a. | warganegara Malaysia; dan | ||||||||
b. | berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan | ||||||||
c. | Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta lesen memandu sekurang-kurangnya Kelas B2 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)]. (Gaji permulaan pada Gred N11: RM1,216.00) |
||||||||
3. | SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU | ||||||||
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. | |||||||||
4. | DESKRIPSI TUGAS | ||||||||
Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas penghantaran notis dan dokumen berkaitan kepada semua pihak yang berurusan dengan organisasi. | |||||||||
Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 Laman Web EZSkim |