1. |
JADUAL GAJI |
|
|
Gaji Minimum |
: RM1,353.00 |
Gaji Maksimum |
: RM4,005.00 |
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan |
: RM100.00 |
|
|
|
|
|
2. |
SYARAT LANTIKAN |
|
|
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: |
|
|
a. |
warganegara Malaysia; dan |
|
|
b. |
berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan |
|
|
c. |
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,353.00) atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,409.40) atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,409.40) atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,465.80) atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,465.80)
|
|
|
|
|
3. |
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU |
|
|
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. |
|
|
|
|
4. |
DESKRIPSI TUGAS |
|
|
Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan kewangan sepenuh masa di peringkat Kumpulan Sokongan berhubung urusan-urusan kawalan belanjawan, kewangan am, terimaan, perolehan kerajaan, bayaran emolumen, pembayaran, akaun, pelaburan dan pinjaman. |
|
|
|
|
5. |
SENARAI BIDANG BERKAITAN DI PERINGKAT SKM |
|
|
Sila rujuk senarai bidang berkaitan di peringkat SKM yang diperakukan bersesuaian mengikut skim perkhidmatan di Laman Web EZSkim (pautan: https://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim/). |
|
|
|
|
6. |
MAKLUMAT TAMBAHAN |
|
|
- Pemohon dengan kelayakan SKM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam eSPA melalui menu “Maklumat Calon” -> “Pengajian Tinggi” -> “Profesional/Ikhtisas/SKM/SVM”.
- Pemohon dengan kelayakan Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan atau peringkat Tertinggi hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam eSPA melalui menu “Maklumat Calon” -> “Pengajian Tinggi” -> “Profesional/Ikhtisas/SKM/SVM”.
|
|
|
|
|
|
Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 Laman Web EZSkim |
|