1. |
JADUAL GAJI |
|
|
Gaji Minimum |
: RM1,205.00 |
Gaji Maksimum |
: RM2,939.00 |
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan |
: RM80.00 |
|
|
|
|
|
2. |
SYARAT LANTIKAN |
|
|
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: |
|
|
a. |
warganegara Malaysia; dan |
|
|
b. |
berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan |
|
|
c. |
- Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred KP11: RM1,205.00) atau
- bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
(Gaji permulaan pada Gred KP11: RM1,205.00)
|
|
|
d. |
dan memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut: |
|
|
|
- tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
- berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
- mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
- mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
- lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
- pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
- diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
|
|
|
|
|
3. |
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU |
|
|
Calon bagi lantikan dengan kelayakan di perkara 2(c)(i) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. |
|
|
|
|
4. |
DESKRIPSI TUGAS |
|
|
Bertanggungjawab melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset kerajaan melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis kerajaan termasuk kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298). |
|
|
|
|
5. |
MAKLUMAT TAMBAHAN |
|
|
- Pemohon dengan kelayakan di perkara 2(c)(ii) hendaklah mendaftarkan maklumat bekas anggota tentera di dalam Sistem eSPA melalui menu “Maklumat Calon” -> “H - Maklumat Tambahan” -> “Bekas Tentera/Polis”.
|
|
|
|
|
|
Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 Laman Web EZSkim |